7.8.17

AWESOMELICIOUS ROAST CHICKEN



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah intai2 kat blog masakan saya. Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat dan gembira selalu.

Lama juga tidak update blog saya ini dengan resipi2 kegemaran kami sekeluarga.  Hari ini ingat nak share satu resipi yang kalau you all tengok macam susah jer nak buat tapi sebenarnya senang sesangat.  Resipi Roast Chicken ini sangatlah lazat apa lagi bila kita sendiri buat gravynya..erhmmmm sungguh yummy tau dan sangat senang untuk membuatnya.


Senang ajer nak buat Roast chicken ini  Mula2 ayam seekor (tak payah buang kulit) setelah dibersihkan, hendaklah kita lap dulu dengan kitchen towel atau kitchen cloth biar ayam kita ini betul2 kering.  Sementara itu, kita tumbok sedikit lada hitam dan garam dan lumur ke atas ayam tadi biar rata dan setelah itu, Setelah ayam ini disumbat dengan stuffing (resipi di bawah) bolehlah diletak ke dalam dulang pembakar ayam yang dalam dan besar.   Tuangkan sikit olive oil di atas ayam ini supaya ianya akan menjadi lebih crispy dan enak dan juga supaya ianya tidak terlalu melekat kat dulang baking pan.  Biar bakar dalam oven hingga betul2 masak dan nampak cantik dan garing lebih kurang dalam sejam.



Sementara itu juga boleh sediakan stuffing untuk ayam.  Tumis dalam 2 biji bawang besar yang dipotong dadu. Tumis sampai layu dan wangi kemudian masukkan dalam 2 atau 3 keping chicken burger yang telah dipotong2 dadu juga.  Kacau dan biar masak seketika.  Masukkan pula dalam 3 keping roti putih yang telah dicarik2 dan gaul bersama bawang dan chicken burger tadi hingga sebati masukkan sedikit air dan biar masak.  Masukkan sedikit daun bay, oregano atau italian seasoning atau pun basil.  Perasakan garam, lada hitam dan sedikit gula juga.  Tutup api dan biar sejuk.  Setelah sejuk, sumbatkan ke dalam ayam tadi (seperti di atas).

Bila kelihatan ayam dah garing dan masak dengan warna yang telah brown, bolehlah diangkat ayam dan balut dalam aluminium foil supaya all the goodness ayam ini tak keluar hehehe.  Sementara itu kita buat gravynya pulak.  Letak bekas membakar ayam tadi di atas api yang perlahan.  Kikis2 semua leftovers dari minyak ayam tadi dan masukkan 2 atau 3 sudu tepung dan kacau hingga nampak sebati. Curahkan air dalam segelas atau lebih (tengok kepada kepekatan) dan biar masak atas api yang perlahan.  Kacau selalu agar ianya tidak berketul2 dan sekiranya nampak pekat masukkan air lagi.  Dalam pada itu, masukkan seketul chicken stock maggi dan kacau, taburkan lada hitam yang ditumbuk tadi dan sedikit garam.  Akhir sekali masukkan bay leave dan sedikit seasoning oregano atau basil.  OK Gravy kita dah pun siap.  Masukkan ke dalam bekas gravy.


Siapkan mash potatoes serta sayor2 seperti carrot, asparagus, broccoli atau peas yang telah dipotong dan direbus.  Ingat ye bila rebus sayor2 ini ada tips sikit.  Masukkan sayor ini bila air dah betul2 mendidih (campur sikit garam dan olive oil) masukkan sayor mengikut mana yang lambat lembut, tutup api dan toskan sayor2 ini dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air untuk stop them from menjadi layu.

So sekarang udah pun siap roast chicken kita... bolehlah hidang cantik2 dan mamam.  Of courselah Roast Chicken tu suruhlah encik suami tolong carve cantik2 dan letak dalam pingan hehehe. Santaplah dengan mashed potatoes tadi serta sayor2 rebus dan tuanglah gravy ke atas ayam tadi...ooohhh sedapnya!

Selamat mencuba ye.  Sedap tau roast chicken ini yang menjadi favourite saya sekeluarga.  Tidak lupa saya hendak ucap terima kaseh kepada bonda saudara saya, almarhum Raja Mahiran binti Raja Mohamed kerana telah mengajar kepada saya resipi yang tersangatlah fabulous ini.  Alfatihah buat arwah Wan Chu supaya diampuni segala dosa beliau dan di dalam kasih sayang Allah di sana.  Aamiin....semoga dengan perkongsian resipi ini juga beliau mendapat pahala dan manafaat/ganjaran dari Allah untuknya.  In Syaa Allah.


9.6.17

PULUT MANGGA



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang masih setia singgah kat blog hanizahomerecipes saya ini.  Rindu pulak sebab lama rase tak update blog kerana entahlah macam sibuk jer memanjang.

Pada entry kali ini, saya nak share satu resipi yang saya rasa ramai dah tahu tapi pada yang belum kesempatan nak cuba, saya syorkan resipi ini kerana saya telah mencubanya dan nyata ianya satu resipi yang bagus.  Actually dah lama nak share tapi asyik tertangguh jer nak kongsi resipi ini yang saya dapat dari FB Viral Oh Viral.  Actually dah lama juga dengar pasal pulut mangga ini tapi tak pernah nak buat, but bila first time merase kat Restoran Suri Thai mase percutian family ke kuantan March 2017 lalu, memang terus jatuh cinta dengan dessert Thai ini yang so marvelously delicious.

Jom kita tengok resipinya yang saya kongsi seperti di bawah ini.  Rasenya tak payah pun mangga harumanis, sebarang mangga pun ok asalkan kita pandai dan tahu memilih tapi kalu ada yang harumanis tu lagi le elok kan.  Selamat mencuba.


RESIPI PULUT MANGGA 
Bahan-bahannya 
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga
Bahan untuk kuah santan:
● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk pulut:
1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.



9.1.17

KUIH CUCUR BADAK MARVELES




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang masih setia singgah di blog saya.   Terima kaseh saya ucapkan kerana masih sudi dan adalah diharapkan agar anda terus menjenguknya untuk mendapatkan resipi-resipi yang telah saya cuba sendiri untuk dikongsi bersama.

Tak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2017 kepada anda semua.   A happy, healthy and prosperous 2017!  Agar tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas untuk kita semua.

Hari ini nak kongsi dengan you all semua, resipi kuih Cucur Badak yang sangatlah merveles sedap ini.  Ianya adalah merupakan kuih yang paling saya minati selain dari karipap.  Kalau saya buat cucur badak, saya mesti letakkan udang di atasnya, lebih sedap gitu.  So, kalau you all pun peminat tegar cucur badak,  bolehlah cuba resipi ini.


Selamat mencuba ya.

Bahan-bahannya

Bahan Inti

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 100 gram udang kering (rendam)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu teh jintan manis (disangai)
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

Bahan Doh

  • 250 gram ubi keledek 
  • 3 1/2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara memasak

Inti

  1. Blend bawang putih, bawang merah, lada merah, halia, serai, jintan menis dan udang kering dengan sedikit air.
  2. Setelah halus, masukkan kelapa parut dan blend sebentar.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi serta serbuk kunyit, gula dan garam.
  4. Kacau hingga masak dan kering sedikit.
  5. Angkat dan ketepikan.

Untuk doh

  1. Rebus keledek dengan air dan sedikit garam hingga lembut.
  2. Setelah masak, sejat air rebusan dan tinggalkan sedikit.
  3. Campurkan dengan tepung dan uli.  buat semasa masih panas, senang nak lenyek.
  4. Jika adunan lembik, tambahkan sedikit demi sedikit tepung tapi jangan terlalu banyak nanti tak sedap.
  5. Setelah itu, buat doh kecil-kecil bulat.  Ambik satu, buat melengkung.  Letakkan inti dan tutup kembali.  Buat begini hingga habis.
  6. Untuk menyedapkan lagi cucur badak ini, saya letakkan/tekankan di atas cucur badak udang hidup yang telah dibuang kulit, kepala dan ekor dan dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  7. Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah digoreng cucur-cucur badak ini dengan api yang sederhana hingga masak dan warna keemasan.
  8. Selamat mencuba.