25.12.15

APAM BENGAWAN SOLO


Assalammualaikum & salam sejahtera

Thank you for visiting...di harap semuanya sihat dan happy selalu.

Apa rancangan hujung minggu ini?  Mesti ada yang masih bercuti panjang sejak hari khamis lalu lagi..bestnya...saya sudah bekerja hari ini, separuh hari.   Apa nak buat bekerja dengan syarikat swasta macam gini lah.


Semalam saya telah mencuba buat Apam Bengawan Solo yang saya pelajari dari blog "sariyusa blogspot Alam Sari Di Tanah Jauhara".  Alhamdullillah menjadi, cantik, gebu dan so sedap apam solo ini, amat mengenyangkan kerana di dalamnya ada inti kelapa  manis.  Saya teruja nak mencuba kerana ada inti di dalamnya, rasa macam tak pernah lagi makan apam ini.  According to tuanpunye resipi ini, kita boleh jer masukkan apa2 inti yang kita suka, inti kacang ke inti kari kentang ke...macam makan pau lah pulak...Anyway nak share resipi Apam Solo yang unik ini.  Senang saje membuatnya, yang penting mesti ada kesabaran membuatnya kerana banyak juga steps involved tapi kalau you all bijak, boleh buat intinya dulu, then boleh start prepare adunan apam ini.  

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara bagaimana hendak menghasilkan these beautiful and so sedap Apam Bengawan Solo or just simply Apam Solo.... Jom!

Resipi Apam Bengawan Solo

(Sukatan ini menghasilkan lebihkurang 40 biji apam)

Bahan Inti:

  • 130 gram gula merah
  • 30 gram gula pasir
  • 125 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 300 gram kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam

Caranya

  1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga mendidih
  2. Masukkan kelapa parut dan garam.  Kacau sebati
  3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan

Bahan Apam

  • 500 gram tepung gandum*
  • 2 sudu teh instant yis (mauripan)*
  • 180 gram gula pasir*
  • 250 ml susu cair/fresh milk*
  • 600 ml air*
  • 1/8 sudu teh garam*
  • Pewarna kuning dan coklat emulco secukupnya

Caranya

  1. Campurkan semua bahan bertanda * dan gaul rata hingga sebati.  Bahagikan kepada tiga bahagian.
  2. Biar satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna kuning dan satu lagi coklat emulco
  3. Perap adunan selama 40 minit

Cara Menyediakan Apam

  1. Panaskan air dalam periuk kukusan.  Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata
  2. Masukkan sedikit adunan apam putih
  3. Isikan inti kelapa
  4. Tutup dengan adunan apam putih
  5. Masukkan adunan apam berwarna kuning dan coklat emulco dan lorekkan
  6. Kukus apam dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak
  7. Keluarkan apam dari acuan bila sejuk

 Tembam-tembam macam ini, makan satu pun dah cukup mengenyangkan


No comments:

Post a Comment