19.11.15

BISKUT CORNFLAKES


Entry kali ini, saya hendak share resipi Biskut Cornflakes kegemaran kami sekeluarga, dari ke mr hubby, anak sampailah cucu - semua pun menggemarinya.  Biskut cornflakes ini adalah biskut wajib yang harus dibuat setiap kali menjelangnya Syawal.  Memang sedap biskut ini, crispy dan terasa cornflakesnya yang rangup.  Nak kate susah, tidak jugak tapi kita kena pandai mengadunnya coz adunan ini lembik so kena pandai adjust.  biasanya saya tambah jer cornflakes kadang2 sampai habis satu kotak besar.

Saya kate rugi kalau you all tak try resipi ni...bahan-bahannya pun tak banyak, just the basics plus of course sekotak besar cornflakes, kellogs atau pun nestle....so apa lagi jom kita tengok apa bahan-bahannya dan cara bagaimana hendak menjadikannya.....selamat mencuba, In Syaa Allah menjadi.


Bahan-bahannya

  • 2 cawan gula caster
  • 2 cawang mentega
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 5 cawan tepung naik sendiri
  • 4 cawan cornflakes

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.  Masukkan telur serta esen vanilla dan kacaukan sehingga sebati.
  2. Campurkan 1/2 cornflakes yang telah dihancurkan bersama tepung dan adunkan dengan bahan yang telah dipukul dan kacaulah hingga sebati.
  3. Setelah itu masukkan cornflakes yang baki tadi dan gaul adunan hingga elok sebati dan boleh dibentukkan seperti di gambar.
  4. Sekiranya adunan lembik, biasanya saya tambah cornflakes hingga boleh dibentuk bulat-bulat leper.
  5. Bila dah siap, bolehlah dibakar hingga masak.

No comments:

Post a Comment