19.10.15

KUIH TALAM KELADI SEDAP SANGAT



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kaseh kerana masih sudi singgah ke blog saya yang baru nak bertapak dalam alam maya ni semoga sihat semuanya ya. Semoga blog masakan saya ini dapat memberi sedikit manafaat kepada yang mencari idea-idea resipi masakan untuk dicuba dan disajikan kepada keluarga atau teman-teman tersayang.  In Syaa Allah saya akan terus berkongsi resipi-resipi yang pastinya telah saya cuba dulu untuk anda semua cuba pulak, dan pastinya resipi-resipi yang terdapat di blog saya ini adalah pilihan-pilihan yang terbaik.  In Syaa Allah.



Baiklah untuk hari ini, saya ingin berkongsi resipi Kuih Talam Keladi yang saya dapati dari blog Yatie Memories dan resipi ini dikatakan asalnya dari Chef Asma Nordin yang terkenal dengan kepakaran membuat kuih-kuih talam ni.  Saya telah membuat kuih talam ni minggu lepas dan sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangatlah sedap, lembut dengan cukup manis-manisnya dan terasa juga masin-masin sikit bak kata semua pun cukuplah, perfect kate orangputih!...no flaws!


So kepada yang ingin mencuba, silakan.  Resipi ini memang yang terbaik.  In Syaa Allah menjadi jika betul-betul ikut bahan dan cara membuatnya.  Saya cakap pun tak guna kan melainkan you all cuba buat sendiri dan adililah sendiri samada setuju ke tidak dengan pendapat saya tentang kuih talam keladi ni.  Jom jangan membuang masa lagi, jom kita terjah resipi dan cara membuatnya....selamat mencuba saya ucapkan...silalah share experience you all bila membuatnya ye....


RESIPI TALAM KELADI

Resipi asal : Chef Asma

Sumber : Yatie Memories

Bahan Lapisan Bawah:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 700ml air
  • 300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam.  Potong kiub dan kukus selama 5 minit (kukus dulu, baru timbang, saya rebus sampai empok)

Cara-cara

  1. Bancuh semua bahan di atas (kecuali keladi) hingga rata dan sebati.
  2. Tapis ke dalam periuk.  Masak sehingga naik wap dan  masukkan keladi.
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10"x10"x3"
  4. Kukus selama 25 minit.

Bahan Lapiran Atas:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • Sedikit pewarna purple & perisa Yam

Cara-cara

  1. Bancuh semua bahan dan tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap.  Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit lagi.  
  4. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali (saya tutup loyang dengan aluminium foil)
 Enak sekali....cuba buat & rasa sendiri kalau tak percaya....

9 comments:

  1. salam sampai nak meleleh air lior tengok talam keladi ni,nak share ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mimisofea...silakan share...sedap kueh talam keladi ini..cubalah

      Delete
  2. Mana nk cr warna purple n perisa yam tu ye..merata cari kt selayang x jumpa..pls help

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba dapatkan di kedai2 bakery ingredients...rasenya kat area selayang/gombak tu banyak salah satunya kedai Bake Well Ingredients Centre di Taman Sri Gombak mesti ada ni...selamat mencuba...

      Delete
  3. lapisan atas & bawah tu mmg akan melekat ke bila dah sejuk sbb pernah buat tp bila potong lapisan atas & bawah lekang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum tuang yang lapisan atas tu, kelar2 sikit dengan garpu permukaan lapisan bawah tu supaya bila dah tuang yang atas tu bahagian ni akan melekat dengan yang bawah In Syaa Allah

      Delete
  4. bolih tak kalau yg bahagian keladi tu
    di masukan gula,bahagian yg putih tu
    di masukan garam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ke dah ada dalam resipi bahagian bawah bahagian keladi ade gula dan bahagian putih bahagian atas ada garam.....

      Delete
  5. Salam.... Sy buat bahagian bawah tak nak keras tal boleh potong. ,sy dah kacau atas api hampir likat. Apa sebab dia ya.

    ReplyDelete