8.10.15

APAM GULA HANGUS


Assalammualaikum & salam sejahtera.  Diharap semuanya sihat dan happy-happy hari ini dan hari-hari seterusnya.

Nampak gayanya hari ini kita ketemu lagi.  Tengah rajin hari-hari pun nak update blog share resipi tapi kalau tiba masa malas, satu sen pun tak guna!  Apa-apa pun hari ini Kak Raja rase nak share dengan you all semua resipi apam yang awesome ini, Apam Gula Hangus.  Actually dulu-dulu memang ada resipi ini dalam simpanan Kak Raja tetapi dah hilang entah kat mana, tiba-tiba rase teringin nak buat balik dan makan apam ini, tu yang dok jengok-jengok kat google, at last terjumpa yang ini dari  blog Resipi Bonda.  Google punya google lagi resipi, tengok-tengok ramai yang guna resipi ini.  Thank you ye Resipi Bonda, izinkan Kak Raja share pulak resipi apam gula hangus yang sangatlah sedap ini.  Macam tak sabar-sabar lagi, malam tadi terus cuba.  Barang-barang pun ada kat dapur tu, so buatlah, Alhamdullillah sama seperti yang pernah Kak Raja buat dulu-dulu.  Sedap apam ini, so lembut dan so gebu gebas gitu dan mudah juga nak buatnya.

Jom kita tengok resipinya di bawah ini.  Manalah tau kot ada yang ingin mencuba.  Jom 

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Membuat:

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.  Kemudian disejukkan.
  2. Dalam blender, masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit.
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.  Kukus lebih kurang 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
  8. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment