1.7.15

SARDINE ROLL


    Setiap kali tengok sardin roll ni, mesti teringat zaman sekolah dulu kerana ianya adalah salah satu daripada resipi yang mula-mula dipelajari dalam kelas cookery homesience yang merupakan favourite subject Kak Raja.  Dalam subject homescience terdapat kelas neddlework & cookery dan kelas needlework lah yang paling Kak Raja tak suka tapi bila jahit apron, suka sangat pulak sebab nak dipakai masa kelas cookery nanti.

    Satu lagi, sardine roll ini bawa banyak kenangan masa time recess sekolah kerana terdapat sardine roll yang paling sedap yang dijual di kantin sekolah (Kak Raja bersekolah di Methodist Girls School Kuantan).  Memang setiap recess time, tak pernah tak beli sardine roll ni.  Sedap dan so lembut dan rasa sardine yang sangatlah enak tapi Kak Raja ni memang hantu sardin pun.

    So hari tu, bila terjumpa resipi Sardine roll ini, trylah buat,  Sedap jugalah dengan pastrynya yang lembut dan gebu dan inti sardin yang terasa perahan air limaunya...memang sedap & fevret kak Raja.  Kepada penggemar ikan sardin, resipi ini adalah salah satu masakan kueh yang boleh dicuba.  Jom tengok resipinya.  Selamat mencuba.    

    Bahan-bahan

    300gm tepung gandum
    120gm marjerin / mentega sejuk
    1/2 sudu teh garam
    3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

    Inti Sardin

    1 tin sardin sederhana
    1/2 biji cili merah di cincang
    1/2 biji bawang besar di cincang
    1 sudu kecil jus limau nipis
    1/2 sudu teh garam / secukup rasa
    sedikit lada sulah
    1 biji kuning telur untuk glis

    Cara-cara :

    Inti Sardin :  Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.
    Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
    Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
    Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
    Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.
    ** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar

No comments:

Post a Comment